Thursday 27 May 2010

Sentuhan ajaib Mourinho

MENJULANG trofi Liga Juara-Juara bersama kelab Inter Milan berjaya memahat nama Jose Mario dos Santos Felix Mourinho sebagai antara jurulatih elit bola sepak dunia yang disegani.



Kejayaan tersebut menjadikan Mourinho, 47, jurulatih ketiga di dunia yang berjaya membawa dua kelab berbeza menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama dua kelab berbeza iaitu FC Porto dan Inter Milan.



Lebih membanggakan, lelaki kelahiran Setubal, Portugal itu berjaya melakukan sejarah tersebut kurang daripada sedekad pembabitannya sebagai jurulatih.



Dalam sejarah bola sepak dunia hanya dua jurulatih yang berjaya menjuarai Liga Juara-Juara bersama dua kelab berbeza iaitu Ernst Happel dan Ottmar Hitzfeld. Masing-masing bersama kelab Feyenoord, Hamburger SV, BV Borussia Dortmund dan FC Bayern Munchen.



Ini menjadikan Mourinho sebagai seorang individu dan antara ahli strategi terbaik dalam dunia bola sepak moden kini bersesuaian dengan gelaran The Special One.



Jurulatih yang menggelarkan dirinya sebagai The Special One itu telah mencetuskan pelbagai kontroversi dan spekulasi tentang kewibawaannya.



Situasi tersebut berlaku mungkin kerana penglibatannya sebagai jurulatih bola sepak dianggap masih 'hijau'.



Bahkan, ada yang menyifatkan anak kepada pasangan Felix Mourinho dan Maria Julia Mourinho itu seorang yang ego, angkuh dan lantang bersuara sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada banyak pihak.







KEPUASAN jelas terbayang pada raut wajah Mourinho apabila memenangi Liga Juara-Juara.



--------------------------------------------------------------------------------







Apakah rahsia kejayaan beliau? Pendekatan dan perwatakan yang dimiliki oleh Jose Mourinho antara ramuan kejayaan beliau.



Kelebihan itu sedikit pun tidak mengejutkan ibu bapanya kerana personaliti dan darah bola sepak telah mengalir dalam dirinya sejak kecil.



Felix Mourinho yang juga bekas penjaga gol kebangsaan Portugal, berkata: "Semasa kecil dia hanya inginkan bola. Bola adalah segala-galanya bagi Mourinho."



"Ketika sambutan Hari Natal atau hari lahir, jika kami tidak memberikannya bola baru seolah-olah dia tidak mendapat hadiah.



"Dia juga ada meminta hadiah lain tetapi ia adalah bola. Dia akan memegang bola tersebut dan tidak akan melepaskannya," kata Felix yang juga bekas pengendali pasukan Rio Ave FC, Belenenses dan Vitoria Setubal.



Ibunya, Maria Julia menambah :"Mourinho seorang yang mementingkan kesempurnaan. Semasa berusia lima tahun dia akan memastikan semua pen, pewarna krayon dan pembaris disusun rapi di dalam beg galas sebelum pergi ke sekolah."



"Dia juga mudah mesra dengan sesiapa saja. Mereka tertarik dengan personaliti yang dimiliki Mourinho dan dia akan menjadi ketua kepada kawan-kawannya," ujarnya yang merupakan seorang guru.



Ketika Felix berpindah ke Belenenses, Mourinho ketika itu berusia enam tahun menangis kerana terpaksa berpisah dengan bapanya.



Pada usia Mourinho mencecah 13 tahun, Felix telah menjadi pengurus pasukan bola sepak. Mourinho akan mencari jalan dengan menaiki kenderaan awam seperti lori ikan khususnya pada hujung minggu untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kendalian Felix.



Mourinho mula rapat dengan pemain-pemain bola sepak kendalian bapanya dan membesar bersama mereka. Dia juga menjadi pengurus kepada pengutip-pengutip bola di kelab berkenaan.



Berterus-terang



"Dia akan berdiri di belakang bangku tempat duduk kami pada setiap perlawanan. Saya akan memberi arahan kepada Mourinho untuk diberikan kepada pemain-pemain.



"Jadi, Mourinho sebenarnya mula didedahkan dan mempelajari taktik serta sistem bola sepak sejak kecil. Dia juga ada memberitahu ingin menjadi pengurus bola sepak pada usia 15 atau 16 tahun," ujarnya.



Semasa Felix menjadi pengurus Uniao de Madeira, pihaknya memerlukan keputusan seri untuk memastikan tempat dalam pusingan play-off agar dapat bersaing dalam Liga Utama Portugal.







MOURINHO sentiasa disenangi pemain-pemain ketika menjalani latihan.



--------------------------------------------------------------------------------







Mourinho yang memerhatikan sesi latihan pasukan berkenaan selama seminggu telah memberi nasihat kepada bapanya.



Pendekatan yang dilakukan oleh Mourinho sebagai jurulatih cukup berbeza berbanding bapanya. Beliau dikatakan sedikit angkuh dan suka berterus-terang.



Mungkin kerana sikapnya itulah, beliau berjaya menawan tiga buah negara di benua Eropah iaitu Portugal, Britain dan Itali dengan menjuarai liga domestik dan kejuaraan utama di negara berkenaan.



Mourinho mula dikenali selepas dia bertindak sebagai jurubahasa kepada bekas jurulatih England, Bobby Robson di Sporting Lisbon dan Porto dari tahun 1992 hingga 1996. Bahkan beliau juga digelar The Translator.



Keakraban mereka begitu terserlah sehingga pada tahun 1996 beliau turut mengikuti Robson ke Barcelona.



Selepas keberangkatan Robson dari pasukan Catalan, Mourinho terus membantu Louis Van Gaal. Beliau kemudian menjadi jurulatih pasukan remaja Barcelona sebelum berhijrah ke Benfica yang hanya kekal bertahan untuk sembilan perlawanan sahaja gara-gara masalah kontrak.



Beliau kemudian menyertai Uniao de Leiria sebelum kembali semula ke Porto pada tahun 2002. Mourinho berjaya mengemudi FC Porto sehingga muncul juara Piala UEFA 2003 dan Liga Juara-Juara 2003 malah memenangi kesemua kejuaraan ditawarkan di Portugal pada masa itu.



Kebijaksanaannya merencana strategi telah membantu kelab Britain, Chelsea menjuarai gelaran Liga Perdana pada musim 2004-2005 dan 2005-2006, sekali gus memecah kegersangan pasukan yang dikenali The Blues itu selama lima dekad mengecapi kejayaan.



Bagaimanapun, khidmat Mourinho tidak lama kerana sering bertelagah dengan pemilik kelab berkenaan, Roman Abramovich. Beliau meninggalkan Chelsea pada tahun 2007.



Pada tahun 2008, Mourinho dilantik sebagai jurulatih pasukan Inter Milan menggantikan Roberto Mancini.



Peminat Inter Milan tidak menunggu lama untuk melihat sentuhan ajaib Mourinho apabila berjaya merangkul kejuaraan domestik berganda pada tahun yang sama dia menerajui kelab Itali itu.



Sentuhan dan strategi Mourinho terus menjadi pada tahun ini apabila melengkapkan sejarah gergasi bola sepak Itali yang buat julung-julung kalinya menjulang tiga gelaran dalam satu musim selepas turut menjuarai Liga Itali dan Piala Itali.



Formula Mourinho



Sementara itu, pengendali pasukan bola sepak kebangsaan Argentina, Diego Maradona menyifatkan Mourinho seorang jurulatih terbaik dunia.



Legenda bola sepak dunia itu berkata, Mourinho mempunyai segala-gala yang diperlukan untuk menjadi seorang jurulatih berwibawa.



"Mourinho merupakan jurulatih yang mungkin akan saya lantik apabila saya dipilih menjadi presiden kepada mana-mana kelab suatu hari nanti.



"Beliau tahu apa yang perlu dikatakan kepada pemain-pemain, kepada media dan ketika berada dalam bilik persalinan. Bagi saya, beliau merupakan seorang jurulatih yang terbaik" ujarnya.







MOURINHO (kanan) sentiasa menjadi perhatian pengamal media antarabangsa.



--------------------------------------------------------------------------------





Bagi penyerang Inter Milan, Samuel Eto'o, Mourinho seorang jurulatih dan insan unik.



"Dia akan bercakap apa yang difikirkannya. Formula tersebut memberi keputusan yang hebat.



"Ia membentuk perhubungan yang baik di kalangan pemain-pemain sekali gus memberi keputusan terbaik semasa perlawanan," katanya.



Rakan pasukannya Wesley Sneijder pula menambah, namanya semakin dikenali dan memberi impak di Eropah disebabkan Mourinho.



"Mourinho mereka taktik dan kami sebagai pemain akan melaksanakan taktik berkenaan dengan baik untuk meraih kejayaan," ujarnya.



Bekas penyerang Porto, Benni McCarthy pula menyifatkan Mourinho sebagai jurulatih terbaik di Eropah dan dunia.



Kejayaan menamatkan kemarau 45 tahun Liga Juara-Juara Bersama Inter Milan tidak kekal apabila Mourinho akan meninggalkan mereka untuk menyahut cabaran baru.



Mourinho dilaporkan akan bertemu dengan pengurusan Real Madrid untuk memuktamadkan rundingan perpindahan yang mencecah sehingga 10 juta euro (RM40.05 juta).

Monday 24 May 2010

Kambing bukan punca darah tinggi


Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM

Noh Omar melancarkan promosi daging kambing keluaran tempatan di Wisma Tani Putrajaya semalam sambil diperhati Datuk Johari Baharum (tengah).
PUTRAJAYA 24 Mei - Persepsi orang ramai terhadap daging kambing perlu diubah kerana amalan pemakanan daging itu bukan penyebab utama penyakit berbahaya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kajian membuktikan daging kambing mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak paling rendah berbanding sumber daging lain.

Berikutan itu, katanya, sebuah pasukan petugas khas akan diwujudkan dalam masa terdekat bagi meningkatkan promosi pemakanan daging kambing tempatan sekali gus mengikis stigma negatif mengenai pemakanan daging itu.



''Kementerian juga akan menjalankan kajian bersama Kementerian Kesihatan bagi meyakinkan orang ramai bahawa pemakanan daging kambing tidak menjadi sebab utama penyakit darah tinggi.



''Promosi juga akan dilakukan di tempat-tempat tumpuan pelancong khususnya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur iaitu di kawasan tumpuan pelancong Timur Tengah supaya orang ramai tidak risau untuk makan daging kambing yang menjadi makanan utama orang Arab," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan promosi daging kambing keluaran tempatan di sini hari ini.



Noh berkata, pelbagai langkah turut diatur bagi meningkatkan pemasaran daging kambing tempatan berikutan rungutan penternak kambing bahawa pengeluaran lebih tinggi daripada permintaan.



''Justeru, Jabatan Veterinar akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membuka lebih banyak gerai menjual daging kambing terutama di pasar tani seluruh negara.



''Pelbagai program juga telah dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan ke atas daging kambing import dari negara luar," katanya.



Bagaimanapun, Noh berkata, pengeluaran daging kambing dalam negara telah dapat ditingkatkan dari 1,600 tan metrik pada tahun 2006 kepada 2,100 tan metrik pada tahun lalu.



''Ini selari dengan peningkatan keperluan daging negara dari 17,800 matrik tan pada 2006 kepada 21,970 matrik tan pada tahun lalu," katanya.

Tuesday 4 May 2010

Suami toreh kemaluan isteri: Bisikan Dari Jin

Suami toreh kemaluan isteri




Oleh ROSLI HASSAN

dan NUZULSHAM SHAMSUDDIN

berita@kosmo.com.my







MELAKA – Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di sini kelmarin.
Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau.

“Ekoran kejadian itu, mangsa rebah di lantai dapur dan lelaki berkenaan pula hanya berdiri di tepi mangsa dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Fakhry ditangkap, Tengku Anis diawasi - Harian Kosmo

Memetik laporan akbar hari ini cukup memeranjatkan:
KOTA BHARU - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini malam tadi.
Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.
Satu sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan dan mereka baru keluar kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota.
Kejadian itu berlaku pada pukul 7.30 malam.
Semasa kejadian, turut berada dalam salah sebuah kenderaan rombongan itu ialah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Monday 3 May 2010

Subkhiddin dalam senarai pendek pengadil ke Afrika Selatan - Utusan Malaysia

Subkhiddin Mohd Salleh
Subkhiddin dalam senarai pendek pengadil ke Afrika Selatan


SUBANG JAYA - Sah! Nama Subkhiddin Mohd. Salleh ditempatkan dalam senarai pendek lima pengadil dan pembantu pengadil dari Asia dan Oceania untuk menunaikan tugas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu pada pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan, bulan depan.



Guru berusia 44 tahun dari Pulau Pinang itu kini hanya perlu menanti kata putus FIFA, tidak lama lagi selepas dikhabarkan berjaya melepasi had kelayakan dalam ujian kecergasan Program Bantuan Pengadilan (RAP) Gabungan Bola Sepak Asia dan Oceania (AFC dan OFC), semalam.



Pegawai Pembangunan Pengadilan Pejabat Pembangunan FIFA Kuala Lumpur, Azimi Abdullah berkata, peluang Subkhiddin menebus kehampaan terlepas ke Piala Dunia Jerman 2006, semakin cerah setelah menyertai senarai pendek lima pegawai perlawanan AFC-OFC itu.



Kemasukan ke senarai pendek itu bererti pengadil berkenaan semakin menghampiri jejak Halim Abdul Hamid dan Mat Lazim Awang Hamad yang berpengalaman sebagai pembantu pengadil Piala Dunia Perancis 1998 dan Korea Selatan-Jepun 2002.



"Ujian kecergasan di Stadium Shah Alam hanya mengesahkan kelayakan lima orang dalam senarai pendek itu di samping beberapa lagi calon simpanan tetapi cuma FIFA yang boleh memuktamadkan siapa yang akan ke Afrika Selatan, Jun ini," katanya.



Azimi ditemui selepas menziarahi kubur Pengajar Pengadil FIFA dari Malaysia, Allahyarham Mohd. Nazri Abdullah di Tanah Perkuburan USJ 22 Subang Jaya, semalam dengan lebih 30 pengadil peserta dan pengajar RAP yang turut mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Shah Alam, sehari sebelumnya.

Subkhiddin dalam senarai pendek pengadil ke Afrika Selatan - Utusan Malaysia

Subkhiddin dalam senarai pendek pengadil ke Afrika Selatan


SUBANG JAYA - Sah! Nama Subkhiddin Mohd. Salleh ditempatkan dalam senarai pendek lima pengadil dan pembantu pengadil dari Asia dan Oceania untuk menunaikan tugas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu pada pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan, bulan depan.



Guru berusia 44 tahun dari Pulau Pinang itu kini hanya perlu menanti kata putus FIFA, tidak lama lagi selepas dikhabarkan berjaya melepasi had kelayakan dalam ujian kecergasan Program Bantuan Pengadilan (RAP) Gabungan Bola Sepak Asia dan Oceania (AFC dan OFC), semalam.



Pegawai Pembangunan Pengadilan Pejabat Pembangunan FIFA Kuala Lumpur, Azimi Abdullah berkata, peluang Subkhiddin menebus kehampaan terlepas ke Piala Dunia Jerman 2006, semakin cerah setelah menyertai senarai pendek lima pegawai perlawanan AFC-OFC itu.



Kemasukan ke senarai pendek itu bererti pengadil berkenaan semakin menghampiri jejak Halim Abdul Hamid dan Mat Lazim Awang Hamad yang berpengalaman sebagai pembantu pengadil Piala Dunia Perancis 1998 dan Korea Selatan-Jepun 2002.



"Ujian kecergasan di Stadium Shah Alam hanya mengesahkan kelayakan lima orang dalam senarai pendek itu di samping beberapa lagi calon simpanan tetapi cuma FIFA yang boleh memuktamadkan siapa yang akan ke Afrika Selatan, Jun ini," katanya.



Azimi ditemui selepas menziarahi kubur Pengajar Pengadil FIFA dari Malaysia, Allahyarham Mohd. Nazri Abdullah di Tanah Perkuburan USJ 22 Subang Jaya, semalam dengan lebih 30 pengadil peserta dan pengajar RAP yang turut mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Shah Alam, sehari sebelumnya.

Ugut bunuh Nik Aziz, lelaki ditahan - Kosmo

Petikan dari akhbar Kosmo 4.5.2010


KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang kelmarin.

"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth pada pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik Abdul Aziz," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, polis akan melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

Muhdmalaysia: Zaman ledakan internet masih belum dapat digunakan secara berhemah oleh masyarakat.
Antara kejahilan undang-undang siber atau dorongan bisikan kejahatan. Justeru memilih untuk mendengar bisikan kebaikan adalah wajib ke atas setiap insan sebagaimana maksud firman Allah SWT:

Maksud ayat al-Quran dalam surah surah a-Shams (1-10):



1. Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,


2. Dan bulan apabila mengiringinya


3. Dan siang apabila menampakkannya


4. Dan malam apabila menutupinya


5. Dan langit serta pembinaannya


6. Dan bumi serta penghamparannya


7. Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya)


8. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.


9. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu


10. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Sunday 2 May 2010

AWAS: Jangan Beli Handphone Mahal Yang Dijual Murah

KUALA LUMPUR - Pengguna dinasihatkan tidak tertipu dengan promosi jualan telefon bimbit yang canggih pada harga murah kerana jika ia dijual menerusi ejen tidak berdaftar, produk yang dibeli itu tidak akan dilindungi biarpun ia masih dalam tempoh jaminan.




Peringatan itu dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) selepas menerima kira-kira 200 aduan kes pembelian telefon dari ejen dengan kebanyakannya model berharga RM1,000 ke atas dalam empat bulan pertama tahun ini.



Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah berkata, ada pengadu mendakwa ejen enggan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan walaupun telefon bimbit masih dalam tempoh jaminan

Sumber: Kosmo 03.05.2010

Muhdmalaysia: Lebih baik beli yang original kalau jatuh sekali pun tak rosak sebab banyak hanset jenama tiruan sekali jatuh sudah hilang function.
Kebiasaan kita akan kejatuhan hanset akibat cuai.

PAS VS UMNO: Ahli Parti Jadi Pak Turut

Living Organized: Proven Steps for a Clutter-Free and Beautiful Home
Kindle Wireless Reading Device (6" Display, Global Wireless, Latest Generation)

Salam,

Semenjak akhir ini, aku semakin pening dengan perkembangan politik tanah air kita.
Dulu aku sokong Pas kerana dasar memperjuangkan Islam yang lebih mendominasi parti. Sejak akhir ini aku perhatikan lagak mereka sudah semakin bertukar.
Rasa bodoh jugak dulu duk dengar pemimpin Pas hentam Zaid Ibrahim di pentas ceramah sekitar Kelantan dan Taman Melawar, KL akhirnya boleh pula menobatkan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor pula. Hilang habis kutukan dan makian yang dibuat dalam ceramah dulu.
Inilah dia orang politik sekejap baik sekejap pula boleh menjadi seteru.

Aku makin keharuan ini memilih parti. Pemimpin PKR pula tak boleh dipercayai. Hari ini berjuang sokong pemimpin yang diyakini akhir dia pilih untuk masuk parti lain.
RAPUH DAN REPUT sungguh jenis manusia spesis ini.

Muhdmalaysia: Oleh itu janganlah jadi seorang yang fanatik takut-takut membodohkan masa kita dengan berjuang mereka yang reput perjuangannya

muhdmalaysia@hotmail.my